Selasa, 2010 Februari 02

Tahniah Mummy naik pangkat

Bermula bulan Februari nih mummy saya dah mula kerja di tempat baru iaitu di Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya kerana telah dinaikkan pangkat, alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah kerana memurahkan rezeki keluarga saya, terima kasih Allah.

Saya pun dah tak sekolah lagi la kat taska JKR, sekarang sayan bersekolah di taska di kawasan perumahan yang saya tinggal....
seronok jugak la kat situ, sebab orang tak ramai....cikgu-cikgunya suma baik-baik belaka....suka saya....

Sekarang nih saya dah pandai jalan, lagi saya suka. Sebab boleh berjalan kesana kesini....tapi apa2 pun saya mesti cari mummy saya....hehhehehe....sayang mummy....

Kakak saya Maisarah pun tukar sekolah jugak, dia sekolah kat tadika kemas putrajaya, precint 11. Kakak saya pun kata dia seronok jugak bersekolah di tempat baru.....tempat dia besar punya.

K la gambar takder nanti saya upload kemudian yer....sampai jumpa lagi....Assssalamualaikum....

Jumaat, 2009 November 20

Mummy di Labuan


Ini adalah gambar kenang-kenangan semasa mummy Ariff sedang menjalankan tugas di Labuan.... rasa macam nak ikut jer, tapi mummy tak kasi nak wat camner...huhuhu..... tengok gambar jer la yer....k la tuh
nanti Ariff nak ajak mummy la g sana sekali ngan ayah n kakak...
































































Rabu, 2009 September 30

Selamat Hari Raya Tahun 2009


Assalamualaikum,


Kepada semua penonton blog saya nih...sempena hari raya yang mulia nih saya memohon 10 jari untuk dimaafkan sekiranya ada tersilap kata atau terumpat ker dalam blog saya nih yer, ampun dan maaf dipinta......dan Selamat Hari Raya....


Hari raya yang lepas saya bersama mummy n kakak Yana pulang ke kampung ayah di Rengit, Batu Pahat Johor....ayah tak dapat balik beraya kerana ayah masih bekerja nun jauh di negara orang....ialah ayahkan nak cari duit untuk kami sekeluarga...moga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.....rezeki tuh pun untuk saya, mummy n kakak saya jugak...tak gitu ayah...hehehehe......


Raya arituh saya bergambar bersama keluarga atuk belah ayah....sementara nunggu ayah balik beraya pada raya ke-4......
Gambar raya saya sekeluarga akan saya upload kemudian yer......

Selasa, 2009 September 22

Kete baru mummy n ayah



Ahad, 2009 Julai 05

Pengantin kat Ara Damansara



Kenduri rumah makcik kat Ara Damansara


Semakum,
Ni tgh bergambar ngan Mama Jue n Mummy kat kenduri makcik saya kat Ara Damansara. Ada gambar pengantinnya nnt saya letakkan sekali gambarnya

Sabtu, 2009 Julai 04

Under the chair


Ariff dan kakak Yana tengah main bwh kerusi